fbpx

Wanita OKU rentung rumah hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah separuh kekal yang terbakar di Kampung Parit Haji Elias, Ayer Baloi, Pontian yang mengorbankan seorang wanita OKU.

PONTIAN – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui rentung dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Parit Haji Elias, Ayer Baloi, di sini tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 48 tahun yang dikenali sebagai Fauzianah Mad Ismail melecur pada bahagian badan.

“Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkam api kebakaran tersebut yang dikatakan bermula dari bahagian dapur ke bahagian hadapan rumah separuh batu itu.

“Punca kejadian sedang disiasat oleh Bahagian Forensik, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pontian (HP) bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Tambah Mohammad Shofee, beliau juga menyarankan dan menasihatkan kepada masyarakat yang mempunyai ahli keluarga OKU tidak meninggalkan bersendirian di dalam rumah.

Sementara itu, adik mangsa, Nurul Ashikin Mad Ismail, 40, berkata, kakak sulung daripada lapan adik beradik tinggal bersama emak, seorang adik lelaki dan anak saudara yang berusia 16 tahun.

Katanya, ketika kejadian, emak dan adiknya pergi ke Pasar pada pukol 10 pagi, manakala anak saudaranya ke sekolah dan meninggalkan arwah bersendirian di dalam biliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI