fbpx

UDA sumbang zakat RM58,000 kepada 5 pertubuhan anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon (enam kiri) dan Mohd. Salem (tujuh kiri) bergambar selepas menyerahkan replika cek sumbangan zakat UDA kepada lima pertubuhan anak yatim di sini, sebentar tadi. Foto AMIR KHALID

AMPANG – UDA Holdings Berhad (UDA) menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM58,000 kepada lima buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu asnaf serta anak yatim sekitar Lembah Klang sempena Ramadan dan persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan zakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares itu disalurkan kepada Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman, Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera, Rumah Permata Hatiku, Rumah Anak Yatim Shifa serta Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Kadijah dengan masing-masing menerima RM10,000.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif CSR yang dilaksanakan oleh UDA Cares menyantuni anak-anak yatim, asnaf, orang kurang upaya dan sebagainya adalah amalan murni yang perlu diteruskan.

“Saya sangat menghargai komitmen dan inisiatif UDA dan agensi lain dibawah kementerian yang ingin membantu komuniti golongan asnaf ini sempena bulan Ramadan ini,” Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di sini malam ini.

Katanya, kementerian juga berharap hubungan baik antara UDA dan semua pengamal media di negara ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany berkata, semoga sumbangan ini dapat memberi makna besar buat asnaf dan anak yatim selain dapat mengukir senyuman serta keceriaan menjelang lebaran tahun ini.

“Selain itu, sokongan dan kepercayaan oleh rakan media kepada UDA selama ini juga adalah antara faktor yang menyumbang kelangsungan UDA sehingga hari ini, semoga kerjasama ini terus berkekalan,” ujarnya.

Dalam majlis itu juga, seramai 40 orang asnaf dari Pusat Jagaan Nur Iman menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM200 setiap seorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI