fbpx

Tiada belas ihsan buat Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON bercakap pada sidang akhbar menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Hong Kong di Hotel Thistle, Johor Bahru semalam. – RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon tidak akan menunjukkan belas ihsan pada perlawanan menentang Hong Kong malam ini, meskipun pernah mengemudi pasukan termasuk akademi bola sepak negara tersebut.

Pan-gon berkata, beliau berbangga melihat kejayaan bekas anak-anak didiknya sehingga terpilih mewakili skuad kebangsaan Hong Kong pada ketika ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Malaysia tidak akan beri sebarang muka bahkan Harimau Malaya pasti akan beraksi mati-matian untuk memperoleh kemenangan pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

“Esok (malam ini) kita akan lawan, saya jangka ia menjadi satu perlawanan hebat. Walaupun pernah menjadi jurulatih Hong Kong, namun kini saya merupakan pasukan lawan mereka.

“Jadi Malaysia akan buat ‘habis-habisan’, kita akan lakukan yang terbaik untuk beri cabaran kepada mereka kerana memang itu falsafah bola sepak kita pegang.

“Kita bukan sahaja mahu mengawal permainan, tetapi juga mahu menguasainya, Harimau Malaya akan memaksa pemain Hong Kong membuat kesilapan dan kita akan lakukan lebih berbanding perlawanan sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar menjelang aksi antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong di Hotel Thistle semalam.

Pan-gon berkata, pihaknya turut berharap barisan pemain kebangsaan mampu membuatkan penyokong Harimau Malaya berasa gembira dan bangga dengan pencapaian mereka.

“Semalam, skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia telah menewaskan B-22 Hong Kong di Singapura, jadi kita harap akan ada kemenangan berganda menentang Hong Kong, mari buat rakyat Malaysia gembira,” jelasnya.

Malaysia menjulang Piala Merlion buat kali pertama selepas menewaskan skuad B-22 Hong Kong 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura kelmarin.

Pan-gon turut menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendapatkan skuad ‘sempurna’ se­perti yang diidamkan sepanjang sepanjang 12 tahun pengalaman bergelar jurulatih.

Beliau berkata demikian susulan keputusan terpaksa menggugurkan Arif Aiman dan Endrick Dos Santos daripada skuad kebangsaan selepas kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan.

“Dalam bola sepak, memang tidak boleh dapat 100 peratus apa yang kita mahukan, itu pengalaman saya selama 12 tahun dan tiada satu situasi ‘sempurna’ tapi banyak keadaan kita berdepan cabaran, namun itu tidak bermakna kita akan me­nyerah kalah,” jelas Pan-gon.

Pada perlawanan menentang Turkmenistan Khamis lalu, Harimau Malaya menang dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Akhyar Rashid pada babak pertama perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI