fbpx

Teruja penyu naik bertelur di Pantai Pandak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seekor penyu agar betina kembali ke laut selepas selesai bertelur di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Seorang pemancing terkejut apabila terserempak dengan seekor penyu agar betina yang naik bertelur di Pantai Pandak, Chendering di sini malam tadi.

Hasbullah Haliba, 26, berkata, dia bersama beberapa orang kawan ingin pergi memancing di pantai tersebut terserempak dengan haiwan reptilia terbabit pada pukul 7.30 malam.

“Penyu betina dengan anggaran berat 50 kilogram itu naik perlahan-lahan ke darat untuk bertelur.

“Kami hanya memerhati sahaja dari jauh kerana tidak mahu ibu penyu tersebut berasa terganggu sepanjang proses bertelur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Klip video berdurasi 18 saat dirakam Hasbullah yang dimuat naik di media sosial mendapat perhatian orang ramai yang turut teruja dengan pendaratan penyu di pantai peranginan tersebut.

Hasbullah berkata, penyu betina terbabit hanya selesai bertelur dan kembali ke laut selepas tiga jam.

Dia memberitahu sangat teruja dan rasa bertuah kerana dapat melihat sendiri proses penyu bertelur buat pertama kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI