KEINTIMAN Deepika Padukone dan suaminya, Ranveer Singh kerap menjadi perhatian hingga mereka digelar pasangan romantis.
Namun ketika menghadiri sebuah majlis untuk menghargai personaliti sukan baru-baru ini, keadaan sebaliknya berlaku yang ‘ditangkap’ kamera.
Pada awalnya ketika masuk ke dewan acara, pasangan itu nampak seperti biasa apabila Ranveer dilihat merangkul pinggang isterinya.
Bagaimanapun, senario berbeza jelas kelihatan sebaik aktor terbabit mahu memegang tangan isterinya tetapi terus ditepis bintang Pathaan itu.
Rakaman berkenaan mudah tular dan komen-komen rata-ratanya meluahkan kebimbangan, andai tercetus bibit perbalahan antara pasangan itu.
Di sebalik luahan dan kecaman, ada juga dalam kalangan netizen menganggap Deepika sedang merajuk dan menganggap perkara sebegitu normal bagi suami isteri.