fbpx

SPRM nafi pegawai kanan dalang rasuah syarikat korporat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat sebuah blog palsu yang mendakwa dua pegawai kanannya menjadi dalang isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan syarikat korporat.

SPRM berkata, kedua-dua pegawai terlibat telah dipanggil memberikan penjelasan dan mereka seterusnya membuat laporan polis untuk menyangkal tohmahan itu.

“Sehubungan itu, SPRM yakin perkara tersebut merupakan tohmahan liar dan tidak bertanggungjawab yang sengaja dilemparkan kepada pegawai terbabit bagi menimbulkan persepsi negatif.

“Namun, sekiranya wujud bukti, pihak berkaitan harus tampil membuat aduan atau laporan kepada penguat kuasa dan bukannya membuat tohmahan menerusi media sosial yang berselindung di sebalik identiti palsu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, SPRM juga tidak membuka kertas siasatan sewenangnya tanpa bukti dan fakta tepat.

“Setiap siasatan dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan serta dipantau oleh lima badan pemantau bebas.

“Seterusnya, mengikut prinsip pengasingan kuasa, Pejabat Peguam Negara berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bagi memastikan hanya kes mempunyai bukti dan fakta kukuh diberikan izin untuk mendakwa mengikut budi bicaranya,” tegasnya.

Jelasnya, SPRM juga tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak untuk mengalihkan perhatian kes rasuah dan penyelewengan yang sedang disiasat dengan pelbagai tohmahan yang sengaja direka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI