fbpx

Semenanjung cuaca cerah, Sarawak ribut petir sehingga tengah hari.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca cerah di Semenanjung Malaysia, manakala amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di dua daerah di Sarawak sehingga tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, ribut petir dan hujan lebat itu akan melibatkan dua daerah di Sarawak iaitu di Sibu dan Bintulu.

“Antara daerah yang diramalkan ribut petir adalah di Sibu melibatkan kawasan Selangau dan juga Bintulu di Tatau,” katanya.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di dua daerah di negeri Sarawak berkuat kuasa sehingga pukul 12 tengah hari nanti, manakala bagi di kawasan Semenanjung, diramal cerah hari ini.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI