fbpx

Salman Khan sekali lagi terima ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALMAN KHAN

AKTOR Salman Khan terpaksa mengetatkan kawalan keselamatan apabila sekali lagi berdepan ugutan bunuh daripada kumpulan gengster Rajasthan, Lawrence Bishnoi.

Biarpun penjenayah kini berada di penjara, mesej yang disampaikan terus kepada aktor berusia 57 tahun itu membuatkan Salman diselubungi kebimbangan.

Apatah lagi ugutan tersebut turut menyebut mengenai keselamatan keluarga Salman yang mendorongnya meminta pihak polis menambahkan pegawai untuk berkawal.

Salman dan ahli keluarganya dinasihatkan supaya tidak kerap keluar di tempat umum yang mendedahkan mereka kepada risiko.

Begitupun, ini bukan ugutan pertama diterima pelakon Hum Dil De Chuke Sanam itu daripada Lawrence. Tahun lalu, ugutan sama turut diterimanya.

Terdahulu, ancaman bunuh Lawrence terhadapnya dipercayai berkaitan kes pembunuhan pada 1998 yang didakwa membabitkan aktor tersebut dan beberapa rakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI