PELAKON yang terkenal menerusi drama Hospital Ship, Ha Ji-won mengakui jarang makan ramen (mi popular Korea).
Pendedahan tersebut dilakukan dalam video yang disiarkan labelnya, Haewadal Channel bahawa dia hanya makan ramen dua kali setahun atas alasan yang sungguh ‘comel’.
“Saya akan makan ramen buat pertama kali untuk tahun ini. Saya berjalan kaki membeli mi ini kerana sangat dekat.
“Apabila saya makan ramen, jerawat akan naik pada wajah saya.
“Jadi, sebab itu saya tidak boleh memakannya semasa penggambaran,” katanya.