fbpx

Pesakit buah pinggang kronik rayu bantuan RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFNIZAM yang menghidap penyakit buah pinggang kronik ketika menerima rawatan di HSAH, Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pesakit buah pinggang kronik me­rayu bantuan kewangan seba­nyak RM5,000 untuk melakukan pembedahan tapak dialisis pada tangan kanannya bagi menjalani rawatan hemodialisis secepat mungkin.

Afnizam Md. Zuki, 47, dari Kampung Titi Mandi Lembu, Jalan Kuala Ketil dekat sini berkata, ini kali ketiga dia perlu melakukan pembedahan tapak dialisis di tangan kanannya selepas tapak dialisis sebelum ini tidak lagi boleh digunakan.

Ketika ini katanya, dia terpaksa melakukan rawatan dia­lisis di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini menggunakan tapak sementara pada pa­hanya.

“Sebelum ini saya mengeluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan wang sumbangan rakan-rakan kerja untuk melakukan dua pembedahan tersebut.

“Pembedahan kedua pada 2021 menelan belanja RM11,000 dan bertahan selama sebulan sahaja, menyebabkan saya terpaksa bertukar pula kepada ra­watan peritoneal dialisis (cuci air) selama setahun.

“Bagaimanapun, rawatan menggunakan kaedah itu terpaksa dihentikan akibat jangkitan kuman sehingga saya terpaksa dirawat di HSAH sejak dua minggu lalu,” katanya ketika ditemui di HSAH di sini baru-baru ini.

Afnizam memberitahu, pembedahan kali ketiga itu memerlukan perbelanjaan kira-kira RM5,000 yang akan dilakukan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang dengan kadar segera.

“Namun, saya sememangnya tidak mempunyai wang seba­nyak itu ketika ini. Saya menghidap penyakit ini sejak 10 tahun lalu dan terpaksa berhenti kerja sebagai seorang tukang masak di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Ujarnya, selepas hilang sumber pendapatan tetap, isterinya, Karimah Marzuki, 38, terpaksa berniaga nasi lemak dan kuih-muih bagi menyara empat anak mereka berusia 7 hingga 15 tahun.

“Pendapatan isteri berniaga hanya sekitar RM30 sehari, sekadar cukup untuk perbelanjaan makan minum kami sekeluarga,” ujarnya.

Menurutnya, perbelanjaan dialisisnya kini ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), manakala empat anaknya yang masih bersekolah itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 seorang.

Orang ramai yang ingin ­menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB milik Afnizam Md. Zuki 7048332043 atau menghubu­nginya di talian 016-489 8780.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI