fbpx

Pelajar guna ChatGPT untuk menipu dalam peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang diambil pada 23 Januari lalu di Toulouse, barat daya Perancis menunjukkan skrin yang memaparkan logo OpenAI dan ChatGPT. - AFP

WASHINGTON – Pakar-pakar menganggarkan bahawa separuh daripada pelajar institusi pengajian tinggi termasuk kolej menggunakan aplikasi ChatGPT untuk menipu dalam pelajaran, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Mereka memberi amaran, pembangun teknologi kepintaran buatan (AI) itu telah mencetuskan ‘wabak’ penipuan yang menimbulkan ancaman besar kepada integriti akademik.

Seorang pakar berkenaan, Rehan Haque daripada syarikat Me­tatalent.ai berkata: “Kami sudah mencapai tahap di mana AI boleh menulis keseluruhan projek dan peranti AI yang berbeza boleh menyusun semula supa­ya hasil kerja kelihatan bukan plagiat.

“Pada masa ini, lebih separuh daripada pelajar dipercayai menggunakan alat AI (ChatGPT) untuk menipu dalam peperiksaan atau esei, namun ia tidak mengejutkan saya jika jumlah sebenar adalah lebih tinggi.

“Sekiranya pendidik membuat kesilapan dengan mengabaikan ancaman penipuan berasaskan AI, saya boleh menganggarkan lebih 90 peratus pelajar akan menipu dengan menggunakan cara ini pada masa hadapan,” kata Haque.

Kemas kini model GPT-4 keluaran syarikat OpenAI itu mampu menjawab 90 peratus daripada sejumlah besar pepe­riksaan termasuk peperiksaan guaman Amerika Syarikat (AS). GPT-3 dan GPT-4 adalah model yang mendasari ChatGPT.

ChatGPT mampu me­nulis esei seperti manusia untuk mana-mana subjek dan hanya dalam masa beberapa saat.

 

 

Lebih 90 peratus pelajar berkemungkinan menipu menggunakan ChatGPT pada masa hadapan. – AFP

 

Open AI kini mengusahakan sebuah aplikasi untuk mengesan kandungan bertulis yang dihasilkan oleh AI tetapi memberi amaran bahawa ia tidak akan dapat mencapai ketepatan 100 peratus.

Sementara itu, tinjauan laman web Study.com membabitkan 203 guru mendapati 26 peratus guru K-12 (tadika hingga gred 12) telah menangkap sekurang-kurangnya seorang pe­lajar me­nipu dengan menggunakan perisian tersebut.

Profesor Kolej Undang-Un­dang Texas Selatan, Josh Blackman berkata: “Teknologi ini se­patutnya menimbulkan ketakutan kepada semua ahli akademik.”

Lembaga Sekolah Daerah Los Angeles, Sekolah Awam Seattle, Jabatan Pendidikan New York dan Sekolah Oakland adalah antara lembaga pentadbiran yang melarang atau menyekat penggunaan ChatGPT.

Di peringkat universiti pula, Kolej Yeshiva New York mengemas kini dasar penipuannya untuk memasukkan ‘sesuatu/baha­sa orang lain’ supaya penipuan melalui ChatGPT diharamkan.

Haque berkata bahawa para pendidik boleh menggunakan ‘pengunduran teknologi’ sebagai langkah sementara untuk me­merangi penipuan AI.

“Ini bermakna kita mungkin kembali kepada cara lama untuk menulis. Bagaimanapun, adakah ia dapat menghalang pelajar menyalin esei yang dihasilkan AI dari skrin?”

Haque percaya bahawa perisian pengesanan AI akan berkembang tetapi pendidik per­lu meningkatkan penggunaan AI dalam bilik darjah dan bukannya melarangnya.

“Sebaliknya, guru, pemeriksa dan pendidik perlu menye­dari bahawa teknologi sedang berubah dan mereka perlu menyesuaikan diri dengannya,” tambah Haque. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI