fbpx

Nazrief Nazri doa tiada penyondol kacau rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZRIEF Nazri berkata, dia mengambil iktibar atas kes melibatkan orang ketiga dalam rumah tangga beberapa selebriti tanah air sejak kebelakangan ini.

PETALING JAYA – “Semoga taman syurga kita bebas daripada haiwan yang menyondol dan serangga perosak. Amin.”

Demikian ucapan mencuit hati tetapi sarat makna mendalam daripada pelakon Nazrief Nazri sempena ulang tahun isterinya, Aizatul Aqma Hamdan semalam.

Pelakon filem Seratus itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada teman hidupnya itu yang juga seorang model kerana menjadi isteri terbaik sepanjang mereka hidup bersama.

“Selamat hari jadi LOML (love of my life). Terima kasih sebab ada waktu susah dan senang. Awak isteri dan ibu terbaik buat Noah,” kongsinya menerusi Instagram.

Rata-rata pengikut laman sosial pelakon itu terhibur melihat kapsyen yang ditulis Nazrief termasuk rakan selebriti, Puteri Sarah yang meninggalkan emoji ketawa.

Membalas komen aktres tersebut, Nazrief menyatakan dia mengambil iktibar seolah-olah merujuk kepada kes kecurangan dan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga beberapa selebriti tanah air.

Sekadar info, Nazrief dan Aizatul selamat diijab kabul pada November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI