fbpx

Matahari ‘melintasi’ Masjid Putra hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Putra

PUTRAJAYA- Portal falak global popular, SunCal melaporkan kejadian Ekuinoks telah berlaku pada pukul 1.18 tengah hari tadi hadapan Masjid Putra di sini iaitu lima minit sebelum azan Zuhur berkumandang.

Ketika itu, bayang-bayang seluruh dunia telah menghala tepat ke arah pekarangan Masjid Putra yang turut dianggap sebagai titik 0 kilometer bagi perjalanan darat dari Putrajaya.

Berdasarkan rekod sejarah, peristiwa istimewa itu menjadi antara punca masjid tersebut menjadi bangunan pertama yang dibina di Putrajaya pada 1997.

Tangkap layar portal SunCal yang memaparkan kedudukan zenith ketika berlaku kejadian Ekuinoks di depan Masjid Putra, Putrajaya hari ini.

Sementara itu, pada esok hari pula, sebanyak enam buah masjid di Lembah Klang menjadi antara lokasi berlaku Ekuinoks bermula di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, Selangor.

Zenith itu akan terjadi pukul 1.17 tengah hari disusuli seminit kemudian di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ia seterusnya akan berlaku di Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Syakirin KLCC sebelum ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor pada pukul 1.19 tengah hari.

Ekuinoks atau hari tanpa bayang cuma terjadi dua kali setahun di tempat yang berada antara latitud Garisan Jadi di 23 darjah Selatan dan Garisan Sartan di 23 darjah Utara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI