fbpx

Lelaki kematian isteri berisiko mati awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Apabila seorang lelaki yang berusia antara 65 hingga 69 tahun kematian isteri, dia adalah 70 peratus lebih cenderung untuk mati dalam tahun berikutnya. – Shutterstock

COPENHAGEN –  Satu kajian di Denmark mendapati lelaki  yang kematian isteri  cenderung lemah semangat dan  berisiko menemui ajal dalam waktu yang singkat, lapor agensi berita United Press International semalam.

Kajian tersebut melibatkan hampir 925,000 warga emas di Denmark. Ia mendapati  suami berisiko mati lebih awal selepas isteri mereka meninggal dunia berbanding isteri yang kematian suami.

Menurutnya, apabila seorang lelaki berusia antara 65 tahun hingga 69 tahun kematian isteri, kemungkinan untuk dia meninggal dunia pada tahun berikutnya adalah 70 peratus berbanding cuma 27 peratus untuk golongan balu.

Penulis kajian berkenaan, Alexandros Katsiferis berkata, pasukan penyelidiknya masih tidak pasti mengapa perkara itu berlaku.

“Balu  yang kematian suami  mungkin mempunyai  keupayaan lebih kuat untuk menghadapi tekanan termasuk tekanan dalam menjaga suami yang sakit bersama keperluan lain.

“Berbeza dengan lelaki, kesihatan fizikal dan emosi mereka bergantung kepada kesanggupan pasangan untuk menjaga mereka. Jadi, apabila si isteri meninggal dunia, mereka hilang arah,” katanya.

Sementara itu, Ketua bahagian Perubatan Penjagaan Paliatif Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt, Dr. Mohana Karlekar berkata, kesedihan akibat kematian pasangan berlaku pada lelaki dan juga wanita.

“Ia boleh mengakibatkan pelbagai keadaan seperti keresahan atau depresi yang kemudian membawa kepada penyakit seperti  sakit kepala,  susut berat badan, sukar tidur atau sakit sendi,” ujarnya.

Tambahnya, wanita  lebih cenderung untuk bersosial dan lebih mudah meluahkan perasaan mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI