fbpx

Lelaki hilang nyawa selepas curi telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa berlanggar dengan Perodua Axia selepas dilanggar dari belakang oleh kereta SUV Mazda CX5 dalam kejadian di Parit Jalil, Batu Pahat petang semalam

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut selepas kenderaan dinaiki bersama seorang rakannya terbabas ketika cuba melarikan diri selepas mencuri telefon bimbit dalam kejadian di Jalan Parit Jalil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Mazda, Proton Wira dan Produa Axia.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang berusia 43 tahun serta pemandu kereta Proton Wira berusia cuba melarikan diri selepas mencuri telefon bimbit milik pemandu kereta jenis SUV Mazda CX5.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta jenis SUV Mazda CX5 yang berusia 31 tahun secara tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kereta Proton Wira yang dikejarnya itu.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu kereta Proton Wira dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kereta Produa Axia dinaiki sepasang suami isteri yang datang dari arah bertentangan,”katanya.

Akibat perlanggaran itu, Ismail berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia dilokasi kejadian manakala rakannya hanya cedera ringan.

Ujarnya, pasangan suami isteri yang menaiki kereta Produa Axia cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), pemandu kereta SUV Mazda CX5 tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987 kerana melibatkan kematian dan sekiranya ada mana-mana saksi awam yang melihat kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Asma’i Md Yusuff di talian 013-6550128,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI