fbpx

KPDN pantau harga di 6,650 premis, 983 bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah beramah mesra dengan peniaga ketika sesi walkabout di Bazar Ramadan Rahmah, Lorong Tuanku Abdul Rahman petang tadi Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuat pemantauan di 6,550 premis dan 983 bazar Ramadan setakat ini susulan pihaknya mendapat aduan berkait kenaikan harga.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, menerusi Op Pantau, pihaknya telah melaksanakan pemantauan harga bagi mengelakkan daripada berlakunya pencatutan.

“Penguatkuasa telah membuat pemantauan bermula dari hari pertama Ramadan iaitu pada 23 Mac lalu.

“Semalam, kita telah pantau harga di 6,550 dan 983 bazar Ramadan supaya tiada isu pencatutan,”katanya ketika sidang media selepas sesi walkabout di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini, petang tadi.

Tambahnya, KPDN juga turut menerima 17 aduan terhadap bazar Ramadan seluruh negara berkait isu harga.

“Tindakan terhadap mereka adalah bergantung kepada kesalahan yang dibuat. Contohnya, naikkan harga barang atau tiada barang dan sebagainya, akan dikenakan kompaun mengikut akta.

“Ada juga yang kita tegur, contohnya isu ketiadaan minyak masak. Kita akan tegur peruncit disamping memastikan pemborong membekalkan minyak kepada mereka,”jelasnya.

Mengulas lanjut sesi walkabout petang tadi, katanya, sebanyak 38 lokasi di seluruh negara sedang melaksanakan BRR termasuk di tiga lokasi sekitar ibu negara iaitu Lorong Tuanku Abdul Rahman, tempat letak kereta Lorong Tar lot 4 dan Jalan Raja.

“Jumlah keseluruhan peniaga bagi tiga lokasi berkenaan melibatkan 41 peniaga yang mana mereka semua menawarkan Menu Rahmah.

“Kriteria minimum bagi BRR ini adalah 30 peratus gerai perlu bersedia untuk menawarkan Menu Rahmah.

“Kita tengok dekat sini (Lorong Tuanku Abdul Rahman) 100 peratus trak makanan menawarkan hidangan Menu Rahmah,”ujarnya.

Pada masa sama, KPDN juga meneruskan perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalization Inisiative-ReDI) dengan pemberian Insentif e-tunai kepada 500 pengguna serta peniaga terawal.

“Sebanyak RM20 diberikan kepada 500 orang terawal yang mana perlu digunakan di lokasi setempat sepanjang bulan Ramadan ini,”jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI