fbpx

Kakitangan IPT rugi RM500,000 ditipu ‘Love Scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Gara-gara dilamun cinta, seorang kakitangan wanita di sebuah institusi pengajian tinggi di negeri in kerugian setengah juta ringgit setelah menjadi mangsa penipuan sindiket ‘Love Scam’.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, berkata,  wanita itu telah menjadi  mangsa penipuan sejak tiga tahun lalu namun hanya menyedari tertipu pada minggu lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek yang dikatakan seorang lelaki warga asing di sebuah laman mencari jodoh pada Julai 2020.

“Suspek didakwa sering meminjam wang daripada wanita berusia 30-an sepanjang tempoh tersebut.

“Mangsa mendakwa telah membuat transaksi pemindahan wang sebanyak 22 kali ke beberapa akaun berlainan diberikan suspek,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, suspek dikatakan licik telah memperdaya mangsa yang tertipu dengan alasan cinta dan kasih sayang.

“Sepanjang hubungan hampir tiga tahun itu, mangsa rugi RM500,000 bukan sahaja wang simpanan malah pinjaman peribadi dimohonnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI