fbpx

I’Dahlia Corner mampu bersaing disebalik kemegahan KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dahliati menawarkan lebih 50 menu menerusi tawaran bufet untuk berbuka puasa di I’Dahlia Corner sehingga 20 April ini.

KUALA LUMPUR – Siapa sangka di tengah-tengah kemegahan projek mega dan menara kediaman bertaraf premium di segi tiga emas Kuala Lumpur, masih ada usahawan Bumiputera yang kekal berdaya saing berniaga di lokasi strategik berkenaan.

Di sebalik redupan pokok-pokok hijau yang tegak kukuh di Persia­ran Stonor, Dahliati Aliruddin mengusahakan perniagaan kedai makan I’Dahlia Corner yang sentiasa menjadi pilihan peminat makanan ala kampung.

Wanita ini tidak gentar dengan cabaran mendatang, apatah lagi perubahan selera dan gaya hidup pelanggan yang lebih terdorong menikmati makanan di restoran diubah suai cantik, berhawa di­ngin dan berkonsepkan moden di pusat beli-belah terkemuka.

Namun faktor kehijauan, ke­redupan dan keharmonian kawasan di sekitar taman KLCC itu membuatkan ramai peminatnya bukan sahaja pelanggan beragama Islam, malah bukan Islam datang berkunjung.

Kini air tangan wanita ini tetap boleh dinikmati dalam bulan Ramadan melalui hidangan bufet yang ditawarkan restoran tersebut bermula 25 Mac sehingga 20 April ini.

“Hidangan sup tulang merupakan kegemaran ramai di sini, terdapat juga pelbagai menu ala kampung yang boleh dinikmati pada harga serendah RM69 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak,” katanya.

Dahliati menerangkan, terdapat lebih daripada 50 jenis menu melibatkan sajian utama, pemanis mulut dan minuman ditawarkan kepada pelanggan selain dihiburkan dengan persembahan kebudayaan setiap hujung minggu.

Antara juadah kegemaran peminatnya adalah gulai kawah, ikan bakar, siput sedut masak lemak, rendang minang, nasi ayam I’dahlia dan nasi lemak daun pisang, selain aneka kuih muih serta menu gorengan seperti pisang dan ubi goreng.

Kemudahan parkir dan surau disediakan dan pelanggan diga­lakkan untuk membuat tempahan awal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI