fbpx

Hotel tidak boleh ditempah perdaya pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu yang melihat arca ini dari dalam kenderaan akan menyangkakan ia adalah hotel sebenar. - Rory Hyde/Flickr

MELBOURNE – Sebuah  hotel di Melbourne, Australia mengundang pertanyaan ramai orang kerana mempunyai bilik yang tidak boleh ditempah, malah pengunjung juga tidak boleh memasuki bangunan berkenaan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Ciri unik itu dimiliki oleh Hotel EastLink yang sebenarnya sebuah arca karya artis seni tempatan, Callum Morton.

Dirasmikan pada 2007, hasil seni itu mengelirukan orang ramai yang melalui jalan bertol EastLink di kawasan Dandenong, Melbourne.

Kelihatan seperti hotel bertingkat biasa, Hotel EastLink memiliki ketinggian 20 meter, lebar 12 meter dan tebal 5 meter.

Lebih mengelirukan adalah ketika waktu malam, beberapa tingkap arca itu mempunyai lampu yang menyala, membuatkan hotel itu kelihatan seperti berpenghuni.

Realitinya, bangunan tersebut tidak mempunyai bilik dan tidak boleh dimasuki kerana ia dibina semata-mata untuk tujuan hiasan.

“Pemandu yang melihat arca ini dari dalam kenderaan akan menyangka ia hotel sebenar,” kata Morton ketika memperkenalkan projek tersebut.

Meskipun  kelihatan normal kerana mempunyai papan tanda bertulis ‘Hotel’, pemandu kemudian mungkin berasa aneh kerana rekaan tersebut terletak di tengah-tengah padang tandus.

“Bagi saya, ia amat menarik kerana anda meletakkan sesuatu di tempat yang aneh atau boleh memperdayakan orang lain. Ia mungkin mengubah cara orang berfikir mengenai seni atau amalan,” tambah Morton. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI