fbpx

Farid Kamil ada bukti wujud orang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bukan sekadar cerita rekaan, pelakon popular Farid Kamil mempunyai bukti bergambar mengenai dakwaan kewujudan orang ketiga dalam hubungan rumah tangganya bersama Diana Danielle.

Pemilik nama sebenar Farid Kamil Zahari itu bagaimanapun enggan mendedahkan foto tersebut kepada umum dan menyerahkan sepenuhnya penilaian dakwaan tersebut kepada badan kehakiman.

“Saya tak keluarkan kata-kata begitu (dakwaan curang) dan ada bukti bergambar.

“Namun saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang dan akan dedahkan di mahkamah,” katanya kepada Kosmo! Online di set penggambaran filem Gold terbitan Astro Shaw di sini hari ini.

Pelakon filem Anak Halal itu juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap keluarganya.

“Macam saya kata tadi, hal yang peribadi mengenai isteri dan anak-anak, tak mahu mencetuskan persepsi yang boleh mengaibkan mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, meskipun dihimpit dengan pelbagai dugaan termasuk kemelut rumah tangga, dia bersyukur masih diberi kepercayaan untuk menerajui beberapa naskhah hebat sejak tahun lalu.

“Di sebalik semua ujian ini, saya bersyukur kerana kerjaya dan kisah peribadi berjalan seiringan,” ujarnya.

Hari ini, Hakim syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini menasihatkan Farid dan Diana untuk berdamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Selain itu, ditetapkan sebutan kes bagi Farid memaklumkan kepada mahkamah wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang akan mewakilinya.

Diana sebelum ini mendakwa, tiada persefahaman, berlaku shiqaq selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai.

Permohonan cerai tersebut difailkan Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, Farid yang bakal hadir dengan filem terbaharu berjudul Anwar: The Untold Story enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI