fbpx

Dewan Rakyat: PM yakin 130,000 ketua isi rumah miskin tegar mampu ditangani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kira-kira 130,000 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negara mampu ditangani serta dinoktahkan pada tahun ini.

Beliau berkata, berdasarkan data setakat 15 Mac, sejumlah 123,243 ketua isi rumah miskin tegar telah berdaftar di eKasih dan data tersebut adalah melalui pendaftaran dan pengesahan di lapangan oleh Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Saya ingin meletakkan angka 130,000 ketua isi rumah tegar kerana berkemungkinan angka ini bertambah. Saya bimbang ada jumlah baharu tidak termasuk sepanjang tahun ini.

“Kalau ikut perkembangan, keupayaan jabatan keseluruhan yang diselenggara pejabat daerah mampu kenal pasti dan menoktahkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berhubung pendekatan terbaharu dan kemajuan pelaksanaan Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan secara holistik dan berkesan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI