fbpx

Dewan Negara: Keputusan tamat PLKS berdasarkan pertimbangan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution

PETALING JAYA – Keputusan kerajaan untuk menamatkan pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi tiga sub-sektor perkhidmatan iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas pada Jun ini, adalah berdasarkan pertimbangan ekonomi dan tidak melibatkan unsur-unsur kaum.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, keputusan itu juga telah dilakukan hasil daripada maklum balas pihak pemain industri.

“Kebanyakan penggajian pekerja asing itu dalam sektor itu adalah untuk menjadi jurujual atau pembantu jualan dan ini tidak termasuk dalam sektor 3D (kotor, bahaya, payah) yang kita terima sebagai dasar awal untuk membenarkan pekerja asing, kerana orang tempatan kurang berminat.

“Permintaan terhadap sub-sektor berkenaan juga secara relatifnya rendah berbanding perkilangan, pembuatan, perladangan pertanian atau perkhidmatan,” katanya pada sesi  penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaaan Datuk Sivaraj Chandran yang ingin tahu rasional kerajaan berhubung keputusan penamatan pas PLKS terhadap ketiga-tiga sub-sektor itu.

Terdahulu, kerajaan sebelum ini mengumumkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing untuk tiga subsektor iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas, dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Jun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI