fbpx

MotoGP: Denda buat Marquez dianggap ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ (tengah) merempuh Oliveira selepas mendakwa brek terkunci menyebabkan dia gagal mengawal jenteranya. – AFP

ALGARVE – Pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez akur dengan denda yang dikenakan kepadanya selepas melanggar Miguel Oliveira dari pasukan CryptoDATA RNF pada Grand Prix (GP) Portugal di Litar Portimao malam kelmarin.

Bagaimanapun, juara dunia lapan kali itu hanya dikenakan penalti ‘double long lap’ pada GP Argentina minggu depan meski­pun beberapa pelumba lain menggesa supaya dia digantung satu perlumbaan.

Marquez yang dilaporkan mengalami retak pada tangan kanannya akibat insiden tersebut berkata, dia langsung tidak berniat untuk mengakibatkan pelanggaran itu, sebaliknya ia disebabkan oleh brek depan yang ‘terkunci’.

“Secara jujur, saya tidak bimbang mengenai perlumbaan di Argentina nanti kerana apa yang paling penting adalah Miguel (Olive­ira) tidak mengalami kece­deraan serius kerana saya lakukan kesilapan besar di selekoh ketiga itu.

“Ketika membrek, tayar depan saya terkunci secara tiba-tiba. Saya cuba untuk beralih ke se­belah kiri trek, tetapi jentera tetap bergerak ke bahagian kanan dan bertembung dengan Miguel,” katanya.

Sementara itu, Prinsipal Crypto­DATA RNF, Datuk Razlan Razali akan menggesa supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada mana-mana pelumba yang berlumba secara melulu kerana ia membahayakan pelumba-pelumba lain.

“Satu keputusan yang kurang baik untuk kami dalam perlumbaan sulung musim ini. Saya akan memohon hukuman lebih berat dikenakan kepada pelumba yang berlumba secara berbahaya,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI