PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 10 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Selangor, Sarawak dan Sabah.
“Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor,” kata MetMalaysia.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga daerah di Sarawak masing-masing melibatkan Sri Aman, Miri dan Limbang, manakala Sabah di Pedalaman dan Pantai Barat.
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE