fbpx

Bomba selamatkan lelaki warga emas terperangkap kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran yang meranapkan rumah yang didiami pasangan suami isteri warga emas di Lorong Sg Maong Ulu 3, Kuching pada tengah malam tadi

KUCHING – Seorang lelaki warga emas selamat setelah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba ketika terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar pada tengah malam tadi.

Namun, Oew Boi Hon, 73, melecur di kaki kiri, tangan dan muka akibat kebakaran yang meranapkan seluruh rumahnya di Lorong Sg Maong Ulu 3, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.48 malam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintas dan BBP Tabuan Jaya ke lokasi.

“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Seorang mangsa yang terperangkap telah berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, rumah dua tingkat itu didiami mangsa dan isterinya Ling Hie Eng, 71. Bagaimanapun, katanya isteri mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menjelas lanjut, beliau berkata pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 12.39 malam namun operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.13 pagi setelah memastikan keadaan selamat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI