fbpx

Bomba dihalang alih pokok hempap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dihempap pokok di Kota Kemuning

SHAH ALAM – Niat murni anggota bomba membantu mengalihkan pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta jenis Kia Forte dihalang pemiliknya dalam kejadian di Jalan Anggerik Mokara, Kota Kemuning, malam ini.

Halangan itu dibuat pemiliknya atas alasan mahu membuat tuntutan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.15 malam berhubung bantuan atau khidmat khas berkaitan pokok tumbang.

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digerakkan ke lokasi bagi tujuan tersebut.

“Bomba yang cuba untuk membantu mengalihkan dahan pokok tersebut bagaimanapun dihalang oleh pemilik kenderaan.

“Alasan diberikan pemilik kereta itu adalah menunggu pihak MBSA hadir ke lokasi bagi tujuan tuntutan kepada pihak berkuasa tempatan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menegaskan tiada mangsa terlibat dilaporkan dan pihaknya hanya mengalihkan dahan di sekitar kawasan tersebut sahaja.

Tambah Morni, kes diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI