fbpx

Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ bermula 16 April depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan.

PETALING JAYA – Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 16 April ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Ayob Khan bakal menggantikan Datuk Seri Abd. Jalil Hassan yang akan bersara pada tarikh pelantikan tersebut.

Ayob Khan, 57, merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak dilantik ke jawatan itu pada Januari 2022.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Jabatan Cawangan Khas, Bukit Aman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI