fbpx

Aishwarya Rai iri hati dengan Alia Bhatt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHWARYA Rai dikatakan cemburu melihat kejayaan Alia Bhatt menempa nama 'dengan mudah' dalam industri perfileman Bollywood.

BARU-baru ini sebuah video lama Aishwarya Rai ketika diwawancara dalam sebuah program televisyen mengenai aktres Alia Bhatt sekitar lima tahun lalu kembali mencetuskan spekulasi.

Dalam video berkenaan, ratu cantik yang juga jelitawan Bollywood itu menyifatkan Alia mendapat laluan mudah untuk menawan hati dunia perfileman, selain mendapat sokongan daripada ramai produser, termasuk Karan Johar.

Isteri kepada Abhishek Bachchan itu seolah-olah mahu menyatakan kejayaan diraih pelakon berusia 30 tahun itu adalah disebabkan kelebihannya sebagai anak penerbit popular.

Ibu bapa Alia, Mahesh Bhatt dan Soni Razdan merupakan pembikin filem popular di India, manakala ramai saudara-mara mereka berkecimpung dalam industri sama.

Secara tidak langsung Aishwarya menegaskan nepotismelah yang mengangkat Alia selama ini.

Ramai dalam kalangan pemerhati dunia hiburan menganggap aktres berusia 49 tahun itu seakan-akan iri hati terhadap pelakon junior.

Malah rata-rata menganggap laluannya juga mudah kerana selain bergelar Miss World, status menantu dalam keluarga Amitabh Bachchan juga menjadi bonus yang menaikkan popularitinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI