fbpx

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama rakyat di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Sultan Abu Bakar di Raub hari ini.

RAUB – Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berbuka puasa bersama hampir 1,500 penduduk Raub, di Masjid Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua ke masjid berkenaan pada 6.40 petang diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri Datin Seri Datuk Burhah Mohammed.

Berangkat mengiringi baginda berdua ialah Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan  Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda berdua kemudian berkenan mendengar persembahan ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang,  Fadzli Mohamad Kamal.

Seterusnya baginda berdua berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan kepada 60 penerima daripada golongan memerlukan di daerah ini.

Seri Paduka Baginda berdua kemudiannya berkenan bersolat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah di masjid itu sebelum berangkat pulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI