fbpx

Warga emas maut, kereta dilanggar dari belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan mangsa selepas terbabas akibat dilanggar kereta lain dari arah belakang di KM3.9 Lebuh Raya Kemuning.

SHAH ALAM – Seorang wanita warga emas maut selepas keretanya dinaikinya dilanggar dari belakang sebelum terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 3.9 Lebuh Raya Kemuning, hari ini.

Mangsa berusia 60an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, berdasarkan maklumat awal semasa kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi secara bersendirian dalam perjalanan ke Kota Kemuning dari rumahnya di Seksyen 18 di sini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah kereta Perodua Alza dipandu seorang lelaki telah melanggar kereta mangsa sehingga terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang menerima panggilan kecemasan kemudiannya tiba di lokasi kejadian pukul 9.31 pagi

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI