fbpx

Sebab tak kaya, kawan baik Amelia Henderson ‘lari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA HENDERSON

PETALING JAYA – Pernah belajar di sebuah sekolah antarabangsa, namun perbezaan status keluarga membuatkan pelakon Amelia Henderson pernah diketepikan rakan baik sendiri.

Katanya, sikap memilih bulu teman sekolahnya itu hanya terbongkar selepas diundang ke rumahnya.

“Saya ada seorang kawan baik yang saya ajak ke rumah buat pertama kali. Pada masa itu datuk saya sakit dan dia berpindah ke Kuala Lumpur dari Klang.

“Rumah kami hanya mempunyai tiga bilik dengan satu digunakan ibu saudara, adik dengan ibu saya sebilik, manakala bilik tidur saya digunakan datuk sementara dia tinggal dengan kami.

“Saya ingat lagi kawan saya meninjau keadaan bilik tidur saya yang kecil dengan ekpresi terkejut dan selepas itu dia tak mahu berkawan dengan saya lagi,” katanya.

Pelakon Jangan Benci Cintaku itu berkongsi memori ketika belajar di sebuah sekolah antarabangsa menerusi podcast Studio Sembang kendaliannya yang turut disertai tetamu jemputan, pelakon Hun Haqeem.

Berkongsi lagi cerita, katanya walaupun kehidupan mereka sederhana, bapanya yang berbangga Scotland, Graham Henderson tetap ingin melihatnya belajar di sekolah berkenaan.

“Kisah ini sangat peribadi. Dahulu saya pernah belajar di sebuah sekolah antarabangsa yang sangat mahal (yuran) dan merupakan tempoh terpendek dalam hidup saya.

“Sebenarnya keluarga saya tak mempunyai kewangan seperti ibu bapa lain dan saya dapat rezeki belajar di sekolah itu pun selama dua tahun sahaja.

“Kami tak pakai Mercedes atau BMW, ibu saya hanya bawa kereta Proton Wira dan duduk di rumah teres. Kehidupan kami sangat ‘basic’ dan normal.

“Saya pergi sekolah naik bas, rumah pun tak ada kolam renang tapi kawan-kawan lain kalau naik bas pun bas ‘first class’ dan semua duduk banglo,” tambahnya lagi.

Begitupun, Amelia menegaskan tetap bersyukur merasai pengalaman zaman remaja yang dianggap pengajaran bermakna dalam menilai keikhlasan seseorang.

“Saya tak salahkan dia sebab dia membesar dengan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Dari situ kita akan nampak dia ikhlas nak berkawan dengan kita.

“Kawan kita atau pun tidak apa yang kita boleh buat adalah teruskan kehidupan untuk menjadi lebih baik. Ini juga pengajaran paling bermakna saya dapat pada usia muda,” katanya.

Menurut aktres merangkap model popular berusia 27 tahun itu, pengalaman tersebut turut membuatkannya skeptikal dalam menjalin persahabatan baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI