fbpx

Saintis rungkai misteri rangka makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ata ialah seorang bayi yang mengalami mutasi sekurang-kurangnya tujuh gen yang menyebabkan kecacatan utama rangka. - Dr. Emery Smith

SANTIAGO, Chile – Saintis telah merungkai misteri penemuan sebuah rangka ganjil berukuran 15 sentimeter di rantau Amerika Selatan dan menolak teori ia bangkai makhluk asing, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rangka mumia berkepala kon dipanggil ‘Ata’ itu ditemui di dalam sebuah gereja terbiar di La Noria di Gurun Atacama, Chile pada 2003 oleh pemburu harta karun, Oscar Muno.

Ketika ditemui, rangka itu dilaporkan disimpan dalam kantung kulit dan dibungkus menggunakan kain putih yang diikat dengan reben.

Penemuan itu telah mengelirukan saintis-saintis selama lebih sedekad kerana bentuk kepalanya, saiz badan dan fakta rangka itu mempunyai hanya 10 tulang  rusuk berbanding 12 tulang rusuk manusia.

Ramai menyangka bahawa ia mungkin janin manusia tetapi teori tersebut turut disangkal bersama-sama dakwaan bahawa ia adalah makhluk asing.

Teori makhluk asing itu didorong sebuah dokumentari yang memaparkan Ata pada 2013.

Rangka itu pada awalnya dianggap kuno tetapi analisis pada 2012 membuktikan bahawa ia sebenarnya berasal dari tahun 1970-an.

Saintis dari Universiti Stanford di San Francisco dan Universiti California mendapati rangka itu adalah mayat seorang bayi yang meninggal dunia sekitar 40 tahun lalu.

Bayi itu mengalami beberapa keadaan genetik yang dipercayai menyumbang kepada struktur luar biasa tulangnya.

Saintis percaya bayi itu meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan atau dilahirkan secara pramatang.

Penyelidikan ke atas Ata diterbitkan dalam laporan mengenai Penyelidikan Genom yang menyerlahkan mutasi yang dikaitkan dengan displasia iaitu pertumbuhan tidak normal yang kadangkala boleh menjadi kanser. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI