fbpx

Resipi Ayam Gepuk Khairul Aming tak jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar resepi Ayam Gepuk yang dicuba salah seorang pengguna di TikTok tidak menjadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi rasa kecewa apabila resipi Ayam Gepuk yang dibuatnya dari perkongsian Khairul Aming tidak menjadi.

Rakaman video yang tular itu berjaya meraih sebanyak 123,000 ribu tanda suka, 1,379 komen dan 2,532 mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Menurut pengguna yang ingin dikenali sebagai Liff itu, dia mengikut semua langkah yang dikongsikan oleh Kharul Aming bagi menyiapkan juadah berbuka puasa tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

“Kepada Khairul Aming, kita buat tak jadi, kita dah ikut ‘step’ kau semua tetap tak jadi’. Kata Liff.

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian yang dikongsikan oleh pengguna TikTok terbabit dan ada juga yang berseloroh tentang kejadian yang menimpa Liff.

“Orang tua kata jangan ikut 100 peratus resipi, kalau memasak kena derhaka sikit baru menjadi,” komen Husna.

“Apa yang tak jadi, nampak sedap je tu, cuma kena pandai tukar sendiri. Sama macam masakan lain,” komen Shara.

“Salah sudu tu, kena beli sudu kayu macam abang Khairul Aming” seloroh Ameruddin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI