fbpx

Remaja 14 tahun tinggi 6 kaki 10 inci cari kasut saiz 23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eric terpaksa memakai kasut saiz kecil yang tidak bersesuaian dengan kakinya. - Rebecca Kilburn

WASHINGTON – Seorang remaja lelaki di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS) yang memiliki ketinggian 208 sentimeter (6 kaki 10 inci) merayu bantuan orang ramai untuk mencari kasut yang sesuai dengan saiz kakinya, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Eric Kilburn Jr, 14, terpaksa memakai kasut saiz 22 yang terlalu kecil untuk kakinya sehingga mengakibatkan dia kesakitan, melecet dan kukunya sukar tumbuh.

Ibu remaja tersebut, Rebecca, 36, merayu bantuan orang ramai untuk mencari kasut saiz 23 untuk anaknya. Pencarian itu terbukti sukar memandangkan purata saiz kaki lelaki AS ialah 10.5.

Bagaimanapun, pencarian itu akhirnya membuahkan hasil apabila syarikat pengeluar kasut, Puma dan Under Armour bersetuju mereka bentuk kasut bersaiz 23 khas untuknya.

Bercakap kepada laman berita Hometown Life, Rebecca berkata, anaknya masih membesar dan bernasib baik kerana tidak menghadapi masalah kesihatan. 

Keluarga itu sudah sekian lama bergelut mencari kasut yang padan dengan Eric. Ketika gred tujuh, remaja itu sudah memakai kasut saiz 17.

Dia terpaksa memakai selipar Crocs selama dua tahun kerana tiada pilihan lain untuknya. Keluarga itu menerima banyak sokongan dan bantuan selepas kisah mereka didedahkan oleh saluran berita tempatan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI