SUKU pertama tahun 2023 menjadi tempoh paling bertuah buat kumpulan NewJeans apabila populariti mereka mereka memuncak walaupun masih baru dalam industri hiburan.
Pada Disember 2022, NewJeans 2023 Season’s Greetings atau barangan rasmi kumpulan itu habis terjual sebaik sahaja dilancarkan sehingga menyebabkan kekurangan bekalan kepada peminat global.
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi, agensinya Ador mengumumkan melalui Weverse dan aplikasi Phoning bahawa NewJeans 2023 Season’s Greetings yang memgandungi produk seperti diari, kalendar, kad dan buku foto akan mempunyai keluaran tambahan pada 14 April kelak.
Disifatkan sebagai fenomena luar biasa, bukan hanya di Korea Selatan, populariti NewJeans turut berkembang di pentas global.