fbpx

Maryam sebak anak masuk sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Maryam dan anak perempuannya, Rina menangis ketika ke sekolah.

PETALING JAYA – Pempengaruh terkenal, Maryam Durian Kimchi masih tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak perempuannya berusia tiga tahun ke sekolah dipercayai memasuki hari kelima.

Rakaman video yang dikongsikan oleh suaminya di akaun TikTok, berjaya meraih sebanyak 238,800 tanda suka, 3,805 komen dan 7,666 perkongsian menjadi tular mengundang rasa terharu orang ramai.

Menurut Ryzal, sebagai ibu, Maryam harus kuat kerana anak mereka akan membesar dan mempunyai haluannya sendiri suatu hari nanti.

“Jadi ibu ni kena kuat, hati kena kuat nanti Rina dah besar Rina akan pergi lebih jauh lagi. Dia akan tinggalkan kita, berkahwin.

“Sayang kena kuat nanti sayang menangis, Rina menangis, abang pun menangis, semua tak boleh buat kerja. Hari ini kan hari pertama berpuasa,” pujuk Ryzal.

Maryam yang dilihat teresak-esak menangis di dalam kereta tidak dapat menahan kesedihan melihat satu-satunya anak mereka membesar dan mula bersekolah.

Dalam masa sama, orang-ramai turut memuji cara Ryzal memujuk dan malayan kerenah isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI