fbpx

Lelaki maut nahas dua buah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di Kilometer 32, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Kampung Gajah, hari ini.- Foto IHSAN JBPM PERAK

PASIR SALAK – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 32, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Kampung Gajah, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 1.45 tengah hari itu, mangsa, Azmil Abu Bakar berusia, 38, yang memandu lori muatan tong gas cedera parah dan maut di tempat kejadian.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila lori dipandu mangsa melanggar belakang lori dipandu lelaki berusia 35 tahun.

Pelanggaran tersebut menyebabkan lori dipandu Azmil terbabas lalu melanggar penghadang sebelah kiri jalan manakala lori lain pula terbabas ke sebelah kanan jalan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampong Gajah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Kemalangan melibatkan dua buah lori di mana pemandu lori muatan gas telah tersepit. Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI