fbpx

Kuarters guru terbiar jadi rumah berhantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEGAMAT – Penduduk di pekan Labis di sini menggesa pihak berkuasa supaya berbuat sesuatu ke atas enam blok kuarters guru yang terbiar ekoran lokasi itu dium­pamakan sebagai rumah berhantu kerana terlalu lama dibiarkan kosong hingga mengundang pelbagai kejadian seram.

Pengadu yang dikenali sebagai Rahman, 55, berkata, blok bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Labis yang mempunyai 48 pintu itu dibina bagi menempatkan guru yang mengajar di pekan Labis di sini, namun ia tidak pernah diduduki sebaik ia siap pada 2008.

Katanya, penduduk tertanya-tanya mengapa banyak kuarters dibina di situ sedangkan keba­nyakan guru SK Labis sudah mempunyai kediaman sendiri berhampiran sekolah.

“Kuarters itu menyeramkan pada waktu malam kerana kedudukannya berhadapan de­ngan Tanah Perkuburan Islam Labis.

“Pernah terjadi ketika saya dan rakan lalu di depan kuarters saya nampak seperti ada orang berdiri di tingkap salah sebuah bangunan itu dan apabila diamati betul-betul kedengaran suara seperti wanita menangis,” kata­nya kepada Kosmo!.

Menurut Rahman, apabila teringatkan bangunan itu tiada ­penghuni, mereka pantas me­ninggalkan kawasan itu dan tidak lagi berani untuk mendekati perumahan tersebut terutama pada waktu malam.

Sementara itu, Rosli Mohamad, 41, berkata, satu resolusi terbaik perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membolehkan pembangunan bernilai jutaan ringgit itu tidak disia-siakan.

Ujarnya, jika tiada jalan penyelesaian adalah lebih baik bangunan itu diserahkan kepada kerajaan untuk ditukar fungsinya agar dapat dimanfaatkan penduduk setempat daripada terbiar dan rosak tanpa sebarang faedah pembinaannya.

“Bangunan ini juga sepatutnya dikawal selia dengan baik agak tidak menjadi macam rumah berhantu seperti yang ada sekarang, malah juga boleh dijadikan sebagai pusat penempatan mangsa bencana pada masa akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI