fbpx

Kerana suami, Reen Rahim akhirnya kena bangun sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEN RAHIM mengakui Ramadan kali ini berbeza apabila terpaksa bangun sahur demi suami tercinta.

PETALING JAYA – Benarlah status mampu mengubah cara hidup seseorang. Perkara tersebut yang berlaku kepada pelakon Reen Rahim.

Jika selama ini pelakon wanita berusia 34 tahun itu tidak pernah bangun bersahur sepanjang hidupnya ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, tahun ini semuanya berubah.

Tabiatnya berubah selepas mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin kerana perlu bangun untuk menyiapkan hidangan sahur untuk suami sendiri.

“Seumur hidup saya, tak pernah pun bangun sahur. Bila dah berkahwin, saya kena siapkan sahur,” kata Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim dalam sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok.

Menerusi hantaran itu juga, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut berkongsi video dia sedang cuba mengejut suaminya yang sedang nyenyak tidur untuk bangun sahur bersama-samanya.

Perkongsian Reen, 34, telah menarik perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan pendedahan tersebut, malah ramai yang turut mengaku mempunyai pengalaman yang sama sepertinya.

“Sama! Tahu lepas sahur dengan mak abah. Paling-paling pun semuanya dah siap (sahur). Tapi tahun ini kena bangun siapkan sahur dan kejut laki (suami),” kata seorang pengguna TikTok.

“Betul. Malas betul nak bangun masak sahur. Nasib baik suami tak makan berat waktu sahur. Cukup kurma lima hingga tujuh biji dan air masak sahaja,” ujar seorang netizen.

“Samalah. Sebelum kahwin jarang bangun sahur. Bila dah berkahwin kena masak sahur. Oh duniaku,” kata seorang lagi pengikutnya.

Untuk rekod, Reen selamat mendirikan rumah tangga bersama Hazim, 28, dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI