fbpx

Kerajaan Pahang cadang bentang RUU Anti Lompat Parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada murid darjah satu di SK Mat Kilau di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kerajaan Pahang bercadang membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung Mei depan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membentangkan usul berkaitan pindaan Perlembagaan negeri itu.

“Kerajaan sekarang tidak mendapat sokongan dua pertiga daripada wakil rakyat, sekiranya kita mendapat persetujuan daripada mereka, kita akan bentangkanlah.

“Kita adalah cara kita (perbincangan bersama ADUN), kita akan dapatkan persetujuan daripada mereka, kalau mereka setuju kita bentang,”katanya pada majlis Pelancaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Darjah 1 bagi tahun 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan membentangkan RUU terbabit jika tidak mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM42.4 juta bagi BBP iaitu peningkatan RM8 juta berbanding tahun lalu yang akan memberi manfaat kepada 218,193 orang penerima BPP.

“Kerajaan negeri telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Pahang bagi membantu rakyat negeri ini menerusi pelbagai bentuk inisiatif melibatkan empat kluster utama iaitu kluster pelajar dan anak muda, kluster golongan B40, kluster masyarakat umum dan kluster pemberian apresiasi.

“Bantuan Prihatin Pahang ini telah dimulakan ketika penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada awal 2020 tetapi selepas kita memasuk fasa endemik tahun lalu, bantuan ini tetap kita teruskan sehinggalah pada tahun ini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI