fbpx

Gerai nasi ayam berempah RM15 sebungkus ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (dua dari kanan) ketika sesi walkabout peniaga selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Kebangsaan di Bazar Ramadan Rahmah Presint 14 di Putrajaya tadi. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Gerai yang menjual nasi ayam berempah pada harga tidak masuk akal iaitu RM15 sebungkus di sebuah bazar Ramadan di Puchong, Selangor, sudah ditutup.

Perkara itu disahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, ketika ditemui pada satu program hari ini.

Salahuddin berkata, kes itu amat terpencil dan harga dikenakan gerai berkenaan sangat tidak berpatutan.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa kementerian sudah memeriksa gerai berkenaan dan mendapati ia sudah ditutup, mungkin setelah mendapat kritikan daripada orang ramai.

“Saya tidak mendengar aduan harga melampau kecuali satu kes membabitkan nasi ayam berempah yang dijual dengan harga RM15 yang saya anggap sangat terpencil.

“Sebenarnya, kalau satu nasi dengan ayam ataupun sayur paling tinggi RM8 hingga RM9, tapi kalau sampai RM15, itu dah dianggap tidak berpatutan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Kebangsaan di Bazar Ramadan RAHMAH Presint 14, Putrajaya hari ini.

Salahuddin berkata, jika peniaga dikesan mengenakan harga melampau, pihaknya tidak akan mendenda atau merampas peralatan perniagaan mereka sebaliknya menasihati terlebih dahulu.

Sabtu lalu, tular di media sosial mengenai peniaga bazar Ramadan di Puchong Selangor yang mengenakan harga nasi ayam berempah RM15 sebungkus sehingga mengundang kritikan netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI