fbpx

Euro 2024: De La Fuente nikmati kemenangan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSELU berjaya meledak dua gol ketika membantu Sepanyol menewaskan Norway 3-0 pada aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi semalam. – AFP

MALAGA – Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente belum berpuas hati dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya walaupun menang 3-0 ke atas Norway pada saingan Kumpulan A kelayakan Euro 2024 di Stadium La Rosaleda awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Joselu yang melakukan debut bersama skuad La Roja berjaya meledak dua gol, manakala satu gol lagi dijaringkan Dani Olmo, sekali gus menghadiahkan tiga mata buat Sepanyol.

Bagaimanapun, De La Fuente menegaskan, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pemain-pemainnya menjelang perlawanan akan datang selain mahu memastikan mereka la­yak lebih awal ke Euro 2024.

“Masih banyak aspek yang perlu diperbaiki oleh semua pemain berdasarkan perlawanan pada malam ini (semalam), namun saya tetap gembira dengan apa ditampilkan pemain-pemain sepanjang empat hari ini.

“Apa yang paling membuatkan saya gembira adalah sikap yang ditunjukkan semua pemain, mereka langsung tidak mengendurkan tempo. Bagaimanapun, perubahan masih perlu dilakukan sebelum perlawanan-per­lawanan lain yang akan kami hadapi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memuji aksi ditampilkan Joselu selepas penyerang veteran tersebut menjaringkan dua gol buat La Roja dalam penampilan sulung di pentas antarabangsa di usia 32 tahun.

“Dia (Joselu) datang dengan semangat juang tinggi dan kami sangat bertuah untuk memiliki pemain sepertinya. Joselu memang layak untuk berada dalam skuad dan melakukan debut bersama Sepanyol,” ujar De La Fuente. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI