fbpx

Lelaki dera anak tiri sebab tak ikut cakap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

ARAU – Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari bermula hari ini selepas dipercayai mendera anak tirinya yang berusia enam tahun.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurusan sebuah tadika mengenai kejadian yang berlaku di Kampung Alor Lanchan, Jejawi di sini semalam.

Katanya, pada 22 Mac lalu, seorang kakitangan tadika membuat pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dan menemui beberapa kesan lebam lama serta baharu.

“Mangsa mendakwa dipukul suspek yang juga bapa tirinya kerana tidak mengikut kata-katanya sebelum pihak pengurusan menghubungi ibu mangsa.

“Hasil siasatan mendapati mangsa anak sulung daripada tiga beradik dan merupakan anak tiri kepada suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Mohsin, permeriksaan mendapati terdapat kesan parut lama pada bahagian belakang, kedua-dua belah tangan, kedua-dua belah paha serta pipi kanan mangsa.

“Doktor mengesahkan tiada kesan kecederaan atau parut pada badan ibu mangsa dan dua adiknya lain.

“Susulan itu, polis menahan bapa tiri mangsa yang berusia 34 tahun. Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI