fbpx

Ahmad Syihan tekad jaga gawang Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD SYIHAN mengingatkan rakan-rakan sepasukan untuk mengekalkan momentum kemenangan dan memberi tumpuan penuh memastikan pasukan kekal tanpa bolos.

PENJAGA gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bertekad untuk memastikan gawang Harimau Malaya tidak dibolosi pada perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

Ahmad Syihan berkata, skuad kebangsaan kini berada pada tahap terbaik selepas berjaya menewaskan Turkmenistan, pasukan yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.

Bagaimanapun, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ­mengingatkan rakan-rakan sepasukan untuk mengekalkan momentum kemenangan dan memberi tumpuan penuh bagi memastikan pasukan mengekalkan ‘clean sheet’.

“Insya-Allah, kita akan fokus untuk aksi ini, tapi jangan terlalu yakin dan jangan sesekali ambil mudah pasukan lawan.

“Kelebihan memang pada kita, tapi mereka (Hong Kong) juga pasti adakan persiapan dan sebab itu pemain perlu kekal fokus di sepanjang perlawanan,” katanya.

Ahmad Syihan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika menang tipis 1-0 menentang Turkmenistan setelah mempamerkan aksi memukau apabila menidakkan percubaan pihak lawan daripada mencipta jaringan.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Ahmad Syihan membe­ritahu, ia adalah hasil kerja keras daripada kesemua rakan sepasukan yang bermain sebagai satu unit.

Justeru, katanya, rakan-rakan sepasukan perlu mengekalkan prestasi itu ketika berdepan Hong Kong.

“Kalau kita tengok aksi ke­seluruhan, semua pemain sudah memberikan 100 peratus pada perlawanan tersebut.

“Bagaimanapun, saya tak bo­leh berikan ulasan dari segi ­prestasi pemain kerana saya sendiri me­rupakan pemain. Apa yang pasti, semua pemain diturunkan akan berikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan menentang Hong Kong,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI