fbpx

Ada staf kerajaan gelak ketawa ketika bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKHIDMATAN kerajaan menjadi nadi penting dalam pembangunan sesebuah negara. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin berkongsikan pengalaman buruk saya semasa berurusan dengan sebuah unit di sebuah agensi kerajaan di Putrajaya atas urusan rasmi.

Sebaik pintu utama dibuka, saya telah mendengar gelak hilai tawa kakitangannya, yang majoritinya kelihatan seperti golongan belia berusia 20 hingga 30-an.

Saya berpendapat ini adalah tidak patut kerana kakitangan kerajaan sepatutnya bersikap lebih serius dalam urusan seharian mereka di pejabat, bukannya bergelak ketawa secara kuat. Saya boleh menerima jika ia berlaku pada waktu rehat atau di luar waktu pejabat.

Seterusnya saya menjalankan urusan rasmi saya, akan tetapi saya tidak menerima layanan yang sepatutnya. Kurangnya komunikasi kemanusiaan apabila kakitangan mengajukan soalan berbentuk teori yang saya fikir ia dirujuk kepada sumber teks.

Pada pendapat saya, jika kakitangan hanya berpandukan teori semata-mata, sukar untuk kerajaan mencapai objektif penubuhan agensi tersebut kerana mereka tidak mengambil kira faktor realiti semasa.

Setelah urusan saya selesai, saya duduk sebentar di ruangan tetamu menunggu untuk menjawab panggilan telefon.

Setelah beberapa ketika, datang seorang kakitangan wanita di dalam lingkungan umur lewat 20-an dan dia menghalau saya secara sangat tidak sopan.

Pada hemat saya, bangunan tersebut tidak dinyatakan kawasan larangan yang memerlukan pelawat segera beredar selepas urusan selesai.

Sekiranya ya, tidak salah bagi kakitangan untuk memberitahu secara berhemah, bersopan santun dan bukannya menghalau saya seperti gelandangan.

Saya berharap agar pengurusan atasan mengambil positif teguran saya ini kerana layanan dan kualiti perkhidmatan mereka seharusnya selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia Madani.

RAKYAT KECEWA
Taman Sutera, Kajang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI