fbpx

Warga asing cabul remaja, sempat beri wang RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki asing diberkas berhubung kes cabul membabitkan seorang remaja perempuan rakyat tempatan di rumahnya di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada pukul 7 pagi, Disember lalu ketika suspek yang juga penjual surat khabar datang ke rumah mangsa.

Katanya, mangsa berusia 13 tahun hanya mengenali suspek sebagai jurujual. Suspek kemudian mengekori remaja itu ke biliknya.

“Suspek kemudian memegang badan, kedua-dua lengan dan memeluk mangsa.

“Selepas itu, mangsa diberikan wang RM50 sebagai ganjaran daripada suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, laporan mangsa diterima pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah remaja itu membuat pengakuan kepada pegawai pukul 10.10 pagi semalam

Bertindak di atas maklumat, polis menangkap suspek warga India berusia 32 tahun di tepi Jalan Air Jernih, Setapak, Kuala Lumpur pada pukul 5.20 petang, semalam

Jelasnya, permohonan reman dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana dengan sengaja melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI