fbpx

Ustaz Don dilantik Ikon Mahabbah YIDE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah (tiga kiri) bersama Ustaz Don ( tiga kanan) yang dilantik sebagai Duta YIDE di Masjid Kampung Sungai Terap, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don dilantik sebagai Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) pada tahun ini.

Pengerusi YIDE, Tan Sri Mazlan Mansor berkata, pelantikan Ustaz Don berperanan untuk memperluaskan lagi jenama yayasan itu kepada masyarakat supaya lebih dekat dan mengetahui fungsi kebajikan yang dilaksanakan.

“Selain itu, Ustaz Don akan membantu YIDE mendapatkan kutipan sumbangan orang awam atau syarikat korporat melalui program yang dijalankan.

“Kami akan menjelajah ke daerah lain di Selangor bagi menyampaikan tazkirah khas Ramadan terutama berkaitan infaq kepada anak yatim,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan YIDE di Masjid Kampung Sungai Terap, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan RM129,600 kepada 864 anak yatim di daerah ini bagi membantu meringankan beban terutama persiapan Aidilfitri bulan depan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI