WASHINGTON – Pelakon Amerika Syarikat (AS), Dwayne Johnson atau The Rock menarik perhatian pengguna media sosial apabila berkongsi video comel yang memaparkan dua anak perempuannya menyoleknya dengan gincu berwarna merah jambu, lapor laman berita Page Six.
Menerusi klip video yang dimuat naik di Instagram kelmarin, kepala botak Johnson dicat dengan gincu berwarna merah jambu oleh anak perempuannya, Jasmine, 7, dan Tia, 4.
Menurut Johnson, dua anak perempuannya meminta untuk menyoleknya dengan pantas walaupun dia mempunyai mesyuarat online yang dijadualkan dalam 10 minit.
Dia bernasib baik apabila mesyuarat itu kemudiannya dibatalkan.
“Dua anak saya ketawa tanpa henti, tanpa belas kasihan,” tulis Johnson sambil menyatakan bahawa dia menghabiskan masa selama sejam untuk menanggalkan gincu itu dari kepala dan mukanya. – Agensi