fbpx

Suri rumah 75 tahun berputih mata wang simpanan lesap angkara ‘love scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

RAUB – Seorang suri rumah berusia 75 tahun berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM39,750 lesap selepas dia terpedaya dengan sindiket ‘love scam’.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada awal Februari lalu apabila mangsa berkenalan dengan seorang lelaki yang kononnya memperkenalkan diri sebagai warganegara United Kingdom melalui aplikasi WhatsApp.

“Setelah berkenalan suspek mengatakan akan menghadiahkan mangsa sebuah kereta jenis Mercedes Benz beserta wang tunai sebanyak USD $150,000 (RM664,091) sebelum mangsa menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kastam.

“Dalam perbualan, pegawai kastam tersebut mengatakan kereta jenis Mercedes Benz bersama wang tunai USD 150,000 yang dikirimkan kepada mangsa telah diterima di Malaysia dan mangsa diminta untuk membuat bayaran cukai,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, susulan itu mangsa telah membuat enam kali pindahan wang ke enam akaun bank yang berlainan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM39,750.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI