fbpx

Suami isteri maut selepas ziarah jenazah abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Faizul Azman dan Habsah.

SETIU – Sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan lima buah kenderaan di Kampung Selamat, Sungai Tong semalam dipercayai baru selesai melawat jenazah ahli keluarga mereka di Besut.

Mangsa, Faizul Azman Awang, 44, dikatakan menziarahi jenazah abang sulungnya sebelum kejadian itu dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang.

Malah, isteri mangsa, Habsah Ismail, 42, yang turut terkorban dalam nahas itu sempat meluahkan rasa sedih atas pemergian abang iparnya menerusi hantaran di media sosial Facebook.

“Pergimu di hari dan bulan yang baik. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Salam takziah buat keluarga kakak ipar, tiada lagi gurau senda dan senyum tawamu.

“Abang Gie (arwah abang ipar) sentiasa dalam kenangan kami. Arwah selalu tunggu kami kalau ke Besut. Ya Allah semoga syurga untuk abang iparku, amin,” tulisnya dalam status yang dimuatnaik dalam akaun Facebooknya beberapa jam sebelum terlibat kemalangan meragut nyawanya semalam.

Difahamkan, Faizul Azman dan Habsah hanya membawa seorang anak lelaki mereka ke Besut manakala anak sulung dan anak kedua pasangan itu tidak turut sama semalam kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang kelmarin, Faizul Azman yang memandu kenderaan pelbagai guna, Proton Exora dan isterinya maut di tempat kejadian manakala anak mereka berusia 13 tahun cedera parah di bahagian muka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI